Friday, October 30, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan...

Setelah menempuhi posting block kedua, finally kita kembali berdepan dengan peperiksaan. Setiap peperiksaan adalah penting bagi kita. Bagi aku, peperiksaan kali ini sedikit berbeza kerana aku sudah bergelar 'lelaki orang'. Sudah ada amanah dipikul di belakang. Sudah bertambah peranan. Mungkinkah aku akan dapat lakukan dengan lebih baik selepas ini? Itu semua bergantung kepada keadaan aku semasa hari peperiksaan nanti.

Semua orang begitu sibuk dengan peperiksaan. Persiapan untuk AGD terpaksa ditangguhkan lagi. Perkembangan Muktamar juga terpaksa diketepikan seketika. Begitu juga dengan perkembangan Lawatan ke Rumah Ehsan. Adik-adik 2nd year, katanya, akan menghadapi minitest, mungkinkah akan tertangguh lagi lawatan itu?

Inilah sebenarnya ujian tuhan. Bagi yang dapat membaca ujian ini dengan bacaan rabbaniy, maka mereka akan terus-terusan redho, dan terus-terusan mendapat redho Ilahi. Tetapi bagi mereka yang tidak dapat melihat, mereka hanya akan terus dihanyutkan arus kesibukan duniawi...

Selamat menghadapi peperiksaan kepada diri sendiri dan rakan-rakan semua!

No comments:

Post a Comment